Selasa, 12 Mac 2013

FULL PARKING

Size rumah 18 x 60, nasib ngam2, 2 kete dapat masuk park,
jenuh gak weh mengadjustnya

Nak letak yg lama kat luar syg lak, lagipun masih pakai
lagi, bawak gi keje, yg baru tu utk jln2 cari mkn angin je

Sempit mmg sempit lah sikit yg paling x seronok bebudak la,
dia org  x dpt main futsall lagilah kat sini, hehehe

Pas ni kena cari selimutlah, sbb bnyk anak2 rimau sebelah menyebelah
landing kat atas bumbung dia, bila siang2 gi keje


BODY BUILDER

Persediaan ke KEJOHANAN OLAHRAGA MSSDPP 2013
yang akan dilangsungkan pada 12 Mac 2013 di SMK USJ 23

Terbanglah RM 10 untuk sekali masuk sehari
tetapi kira berbaloi sebab boleh guna  tanpa limit time or
dengan erti katanya , boleh balik umah makan tidur,
lepas tu datang balik mainlah


Nasib banyak senior body builder yg sedia ada membantu
kalau tidak habis semuanya nak diangkatnya



Udah penat bergym tak sampai 1/2 jam sahaja
tak pelah 1st time datang, lain kali usaha lagi.

JALAN KENANGA KL (SAN PENG)

Kesempatan turun ke KL, maka singgahlah kita orang
ke KENANGA WHOLESALE CITY di Sang Peng

2-3 tahun lepas pernah ke sana sewaktu Kompleks ini
belum disiapkan lagi, melihat beraneka pakaian dengan
harga borong (tapi kena beli sedozenlah)

Kompleks ini serba canggih, besar dan amat selesa
harga pakaian pun boleh dikatakan amat murah dari pasaran
cuma koleksi seperti yang ada di Jln TAR kurang sangat disini
lebih kepada pakaian moden



JENGUK2 ANAK DI ASRAMA


Tahun lepas sudah jadi rutin harian, hujung minggu sahaja ke KAJANG
melihat angah FAIZ di SAAS jika ada kelapangan.

Tahun ini nampak gayanya asyik ke TITIWANGSA jelah
menziarahi si AIMAN pula, bertanya khabar dan prestasi
pelajaran dan keadaan di asrama




 Kesempatan di sana biasanya jika AIMAN OUTING maka
Tasik Titiwangsalah yang menjadi tempat perkelahan kita orang bersama