Khamis, 20 Februari 2014

GENTING HIGHLANDS

Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Genting Highlands (GH),
lagipun ingin mencuba kenderaan EXORA  menjejaki pendakian
Bukit Genting yang bermula dari Bandar Baru Batang Kali

Lokasi pertama adalah Genting Strawbery yang baru dibuka,
siapa sangka GH juga mempunyai ladang strawbery dan
kita tidak perlu lagi ke Cameron Highlands
Terdapat juga pelbagai gerai-gerai yang menjual pelbagai beraneka
barangan di situ yang harganya boleh tahan jugalah
Berposing diluar ladang strawbery sebelum keluar

 
Perjalanan diteruskan untuk naik ke puncak GH
dan ALHAMDULILAH rezeki kami amat baik
iaitu ketika sampai dipuncak kabus petang sedang rancak ke udara


 Kami tidak lama berada dipuncak kerana waktu Maghrib
telah hampir tiba dan memikirkan kesulitan jika
kami turun dari puncak pada waktu-waktu sebegini


BALIK KG BTG KALI



Cuti sekolah masih lagi berbaki 1 minggu, seperti biasa
tidak lengkap jika tidak balik kampung di Batang Kali
untuk mandi manda dan seterusnya merasai buah-buahan tempatan
Sungai Ulu Rening menjadi tempat tumpuan utama untuk
mandi-manda, kejernihannya, suasana alam serta dalam
kawasan perkampungan dan tidak tercermar menjadi
lokasi tetap kami sekeluarga untuk mandi selain
dari Sungai Hijau (Kedondong) yang terletak dipertengahan
jalan menuju ke Genting Highlands
Aktiviti tetap anak-anak remaja bila mandi
Buah-buahan





Tambah kapsyen


Rabu, 19 Februari 2014

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Program Cuti sekolah untuk anak bongsuku yang kebetulan
ditaja oleh emak saudaranya bagi pengisian sepanjang cuti ini
Lokasinya di Kem Al-Azhar Banting

Merasa dan berpeluang gaklah dia menjalani aktiviti riadah yang
bercorakkan riadah dan kecergasan