01 Jan 2014 (Rabu) pepagi lagi kami sekeluarga bergerak menuju ke K.Lumpur untuk menghantar Alangnya (Aiman) untuk melaporkan diri ke Asrama 1 Malaysia yang terletak bersebelahan Tasik Titiwangsa |
Alhamdulilah semua dipermudahkan, selepas taklimat terus ke bilik asrama bagi tujuan mengemaskan peralatannya |
Mujur alongnya (Amir) hanya akan melaporkan'diri ke MRSM pada besuknya dan sekurang-kurangnya dapat juga membantu |
Aiman kini telah di tingkatan 2, dan nampak perubahannya selepas bersekolah di asrama yang mampu berdikari sendiri |
Sebelah petangnya kami terus ke Kajang untuk menghantar Angahnya pula melaporkan diri di SAAS Kajang |
Seperti biasa taklimat yang ringkas terus kami mendaftarkan beliau dan mengemaskan peralatannya di bilik asrama |
Alhamdulilah Angah sudah berada di tingkatan 3 dan masih lagi mendapat tajaan Yasayan Selangor |