Jumaat, 7 November 2014

CATATAN PERJALANAN HARI GRADUASI ALONG DI MRSM SERTING


Pejam celik dah 5 tahun along di MRSM Serting, teringat masa memula dia masuk MRSM, diawal tahun 2010, pukul 5.30 pagi kami sekeluarga  bertolak ke sana sbb takut sampai lewat, lagipun  kami tak pernah sampai ke Serting , setakat Kuala Pilah tu tahulah sikit-sikit sebab pernah pergi berkelah di Ulu Bendul.


Papan Tanda Pintu Masuk MRSM SERTING

Kini tibalah masa along untuk BERGRADUASI sebagai pelajar MRSM, GRADUASI ni macam KONVO gak lah  tapi pakai songkok jelah, dulu masa tingkatan 3 tahun 2012 pun MRSM buat graduasi ni, sbb nak bagi award kepada pelajar yang mentelaah sepanjang 3 tahun di sana. Graduasi ni diberi mengikut kelas pencapaian murid melalui exam (macam pointer gak la)
bukan melalui keputusan PMR mahupun SPM

Gambar Majlis Graduasi 2012
Untuk Majlis Graduasi kali ini kami tak lagi terkejar-kejar ke sana, sebab bila terringat kembali majlis graduasi 2012 dimana kami sampai jam 9.00 pagi sama seperti tetamu VIP untuk merasmikan majlis tersebut.  Untuk kali ini kami bertolak jam 7.00 pagi dan sempat pulak bersarapan pagi di gerai tepi jalan Kuala Pilah selepas Ulu Bendul (Kg Sawah).  Gerai ini telah lama kami perhatikan setiap kali ke Serting sentiasa dipenuhi orang ramai dan pasti ada sesuatu yang menarik dan sedap disana untuk di rasai

KODAI SARAPAN D'SAWAH
 
MENU SARAPAN PAGI
 Nama kedai ni cukup unik ikut dailek Nogori Sembilan iaitu KODAI Sarapan D'Sawah, macam-macam ada dijual untuk sarpan pagi, lokasi sungguh menarik terbentang sawah lebar di kiri kanannya, ianya terletak sebelum Restoran Warisan.   Bila dah duduk tak tahu lak apa nak makan, apa yang sedap kat sini sampai ramai orang,  toleh kiri kanan tengok apa yang orang lain makan, nampak nasi lemak pandan kena ngan rendang daging minang, fush tentu sedap, apa lagi terus order bersama teh tarik 2 la.

NASI LEMAK PANDAN BESERTA RENDANG DAGING
Boleh tahan sedap gak nasinya, mungkin disebabkan beras yang datang dari padi segar dari sawah disebelahnya, rendang pun boleh tahan pedasnya maklumlah masak lemak cili api nogori. Kami menikmatinya dengan berselera tapi oleh kerana masa tak mengizinkan sebab jam dah hampir 8.30 pagi dan kebetulan si along menelefon bertanya di mana kami berada sebab kalau boleh sampai sebelum 9.00 pagi di MRSM maka kami pun terus membuat bayaran.  Alangkah terkejutnya untuk 2 nasi lemak pandan, satu piring daging rendang dan 2 tah tarik cuma RM 4.70, biar betul or tersalah kira. Agaknya tu lah sebab gerai ni ramai orang kot, tapi kami tak janji korang leh dapat harga cam ni kalau korang lak singgah nanti.
BUKU ATURCARA MAJLIS GRADUASI


Kami sampai di MRSM Serting jam 9.10 pagi, kelewatan 10 minit, tapi bila ditenguk pada buku aturcara, majlis hanya akan dimulakan jam 9.30 pagi, fush nasib sempat sampai dan terus kami mencari tempat sementara menunggu Majlis bermula dengan rasminya. 
TAHNIAH ALONG (MUHAMMAD SHAZMER)

BERSAMA GURU SEBENARNYA