Khamis, 28 Februari 2013

AIMAN DI PENDAFTARAN ASRAMA 1 MALAYSIA 2013

Setelah 2 bulan bersekolah di 2 buah sekolah, (SMK Puchong Perdana
dan SMK USJ 4) akhirnya Aiman dapat juga masuk ke asrama.

Asrama 1 Malaysia yang idea penubuhannya oleh Dato Sri Najib
Tun Razak bagi memberi peluang kepada para-para pelajar
dari pelbagai bangsa belajar dan duduk dalam 1 asrama bagi
tujuan perpaduan dan intergasi nasional

Pada mulanya agak keberatan juga AIMAN untuk memasukinya
tapi apabila diberikan penerangan tentang kebaikan-kebaikan
serta manafaat yang beliau boleh dapati di sini, maka beliau
terpaksa mengalah.

Moga-moga diberi kekuatan kepadanya untuk menempuh serta
mengalami alam persekolahan di asrama ini

JUMPA DATO NAJIB DI PASAR MALAM

Satu pertemuan yang tidak dirancang apabila ke Pasar Malam
Bt 14 Puchong, bertemu pemimpin negara iaitu Dato' Sri Najib
Tun Razak.


Rombongan PM yang sepatutnya menghadiri Sambutan Tahun Baru
Cin Peringkat Malaysia di Taman Puchong Utama telah singgah dengan
menaiki bas ke tapak Pasar Malam Bt 14 Puchong

Kesempatan yang amat singkat PM singgah di Pasar Malam Bt 14
sempat juga beliau singgah di gerai-gerai penjaja tersebut


Apa-apa pun tahniah atas kunjungan PM ke kawasan Puchong,
dengan azam dihati satu hari nanti ada PM yang akan melihat
kawasan perumahan saya di PU 5 dan merasmikan sebarang program
dan tidak hanya singgah sebentar sahaja

PUTU MAYAM BATANG KALI


Asal- usul PUTU MAYAM dari WIKIPEDIA -

Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia dan Singapura sebagai snek.
Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.

Di Malaysia dan Singapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk. Di Indonesia, putu mayam dikenali sebagai Putu mayang.

Asal hidangan ini kemungkinannya dari Tamil nadu, selatan India, di mana mee tepung beras yang sama dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan kadangkala dengan pisang juga, sebagai iddiyappam. Hidangan ini dimakan sebagai makan pagi bersama dengan sayuran berkuah atau aviyal, aau kari ikan, dll. Kesukaan bagi hidangan putu mayam, putu piring, atau cendol yang agak manis dengan hidangan berperisa juga biasa di Malaysia dan Singapore. Iddiyappam biasa terdapat di Kerala, Tamil Nadu, dan negeri selatan India, termasuk juga Sri Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara perdagangan turut dijual sebagai cara mudah menghasilkan kesemua hidangan ini.

Selain putu mayam terdapat juga putu buluh dan putu piring.




Apa yg membuat hati tertarik  ialah cara penghasilannya
yang menggunakan teknologi MODEN dari kuih TRADISIONAL

Rabu, 20 Februari 2013

JEMPUTAN KAHWIN DI SHAH ALAM

16 Febuari 2013 Sabtu, menerima jemputan kahwin di Shah Alam

Majlis diadakan di Zam-Zam Arabic Food,


Menunya apalagi kalau bukan Nasi Mandy (Arab),
bila makan nasi ini teringat kenangan makan nasi ni hari-hari
di Mekah ketika mengerjakan umrah tahun lepas.


Aksi mamanya bila sudah jumpa dengan pren-prenya,
atenya kita orang ni nengok jelah yeeeeeeeee


SANTAI2 PETANG

Lepas Cuti Raya Cina, anak2 lambat lagi nak balik asrama,
maka terus pecut kereta ke Putrajaya untuk beriadah disana
Seperti biasa badminton menjadi aktiviti tetap
tidak kira di mana kita orang beriadah
2 orang model sempat berposing di jambatan menghala ke
PICC Putra jaya
Waktu malam PICC (macam kat New York lak ye)
Tenguk ajelah bot cruise tu lalu ye


Berposing setelah penat beriadah wehhhhhhhh




HOLIDAY DI BTG KALI

Khamis, 7 Februari 2013

RUMAH MAK SG BESI

Satu aktiviti tetap bila ke rumah emak di Desa Tasik Sg Besi,
mengambil buah belimbing untuk di masak gulai lemak pun sodap

Buah belimbing tengah masak ranum di laluan masuk
ke Blok 16, Desa Tasik


2 orang BAM sedang berposing

Isnin, 4 Februari 2013

BALIK BGN DATOH


Antara aktiviti tetap bila balik kampung di Bagan Datoh Perak
Maka opahnya lah menjadi mangsa utuk dema menyuruh
mengepam tayar-tayar basikal yang kekurangan angin


Along Shazmer membelasah motor Pak Ngah bila balik kampung,
suruh 10 kali ke pekan pun tak ada masalah baginya


Merasa air kelapa muda Bagan Datoh yang fresh-fresh


BUKIT JUGRA BANTING


Selepas mengambil stok kerepek di Sg Lang Banting yang menjadi
rutin setiap 2 minggu sekali, maka berhajatlah pula untuk melihat
Bukit Jugra yang sering diperkatakan di internet berkenaan tempat
aktiviti permainan praglading.

Bukit Jugra tersergam indah dan tinggi di Banting


Oleh kerana hari hampir hujan, maka segala aktiviti pragliding
ditamatkan awal pada hari tersebut. maka terngangalah kita
orang melihat para peserta balik





Sungai Banting membelah Banting dan Pulau Cery Klang (kanan)



Tu dia hujan dah mai no


Rumah Api yang terdapat di atas Bukit Jugra ini

ARAH KIBLAT PU 5 & PROJEK SURAU PU 5

Kerja-Kerja Mengukur Arah Kiblat Tapak Surau PU 5
Lawatan dari Ketua Penghulu Bt 14 Puchong
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
0
Surat kelulusan arah kiblat