Setelah 2 bulan bersekolah di 2 buah sekolah, (SMK Puchong Perdana
dan SMK USJ 4) akhirnya Aiman dapat juga masuk ke asrama.
Asrama 1 Malaysia yang idea penubuhannya oleh Dato Sri Najib
Tun Razak bagi memberi peluang kepada para-para pelajar
dari pelbagai bangsa belajar dan duduk dalam 1 asrama bagi
tujuan perpaduan dan intergasi nasional
Pada mulanya agak keberatan juga AIMAN untuk memasukinya
tapi apabila diberikan penerangan tentang kebaikan-kebaikan
serta manafaat yang beliau boleh dapati di sini, maka beliau
terpaksa mengalah.
Moga-moga diberi kekuatan kepadanya untuk menempuh serta
mengalami alam persekolahan di asrama ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan