Khamis, 20 Jun 2013

PENAWANAN BUKIT JUGRA BANTING



Tanggal 02 Jun 2013, bermula 1 XPDC menawan BUKIT JUGRA
BANTING oleh anak-anakku yg kebetulan waktu cuti sekolah

Sebelum ni mmg kita org selalu singgah sini, tapi menaiki kereta
sampai di atas, kali ini anak2 mmg berhajat untuk mendakinya sendiri


Ropenya dia org dah siap bawa kasut utk xtvt ni, mmg berpeluh gak
dia org bila sampai di atas, kita org mak bapak cuma mengekori
dari belakang , menaiki kereta bg menjamin keselamatan


Akhirnya 20 minit pendakian sampai juga dia orang, namun
rezeki kami mmg tidak bernasib baik, setiap kali dtg xtvt
PARAGLIDING tidak diadakan




BBQ DI BANGI

BBQ DI RUMAH EN SUPARMAN & AYU






Selasa, 18 Jun 2013

I-CITY SHAH ALAM

Cuti sekolah yang lalu sempat gak bawa anak-anak ke I City Shah Alam,
benda dirancang last minit jadi gak akhirnya, lain kali jgn rcg awal2
rcg je last minit pasti sampai jua akhirnya

Kita org sampai sana tepat jam 9.45 mlm, jenuh gak mencari
parking yg bertingkat & memerlukan skill yg tinggi apatah lg
membawa kete yg besar sikit cam EXORA ni

Masuk percuma, cuma parking je kena byr RM 10.00,
kalu nak jimat drop, pas tu park kat luar & menapak le driver

Lekas2 masuk, ingatkan dia tutup dlm jam 12.00 ke,
last2 rupanya sampai kul 6.00 pagi, lain kali boleh pergi tengah mlm,
kasi privacy sikit








Khamis, 13 Jun 2013

CUTI PERSEKOLAHAN - MANDI SUNGAI

Cuti persekolahan bawa anak-anak balik ke kampung di Batang Kali
untuk mandi-manda sungai yang berada di Jalan Genting Highlands-
Batang Kali

Punyalah seronok dia orang walaupun matahari terpacak di kepala
jam 1.00 tengahari namun kesejukan dan keaslian sungai tersebut
membuat dia orang leka hingga mandi sampai 3.30 petang






Selesai mandi-manda maka perjalanan diteruskan ke rumah
bapa saudara di Batang kali untuk berehat dan seterusnya
makan tengahari le



Isnin, 10 Jun 2013

MENGURUSKAN MESY AGUNG PERSATUAN PENDUDUK

Dengan keadaan tangan masih berbalut, Mesy Agung Persatuan
Penduduk pada 23 Mac tetap diuruskan lebih-lebih dengan jawatan
Setiausaha, tanggungjawab tidak boleh dilupakan



MY ACCIDENT

18 Mac 2013 jam 6.00 petang, selepas mengambil wife di pejabat
seperti biasa membawa motorsikal melalui jalan dari Sg Way ke
USJ Subang Jaya, semasa sedang mengambil selekoh untuk ke USJ 2
tiba-tiba motorsikal hilang kawalan dan kami jatuh ke jalanraya.
Mujur kereta dibelakang dipandu perlahan lantas pemandunya
memberhentikan kenderaan dan keluar menghalang pemandu lain
terus ke depan. 

Ketika  jatuh tersebut, terdapat rakan pejabat yang melalui kawasan
tersebut dan saya memintanya membawa ke pejabat sahaja dan
meninggalkan motorsikal di tepi jalan. Dengan keadaan tangan berdarah
dan kaki serta badan sakit  manakala wife terkulai tangannya
maka saya mengagahi membawa kereta sebelah
tangan menuju ke sekolah agama anak dan setersunya ke klinik untuk
mendapatkan rawatan.  Setibanya diklinik doktor terus mengeluarkan
surat untuk dirujuk ke hospital dan sekali lagi saya memandu dengan
keadaan lalulintas yang sesak menuju ke Sunway Hospital untuk
mendapatkan rawatan susulan.

Hasil pemeriksaan doktor tangan wife saya memang terkeluar dari
tempatnya dan memerlukan rawatan untuk memperbetulkannya dan kami
terpaksa ditahan 1 malam di hospital tersebut.




PERJALANAN KE MEKAH

MASJID BIR ALI

Tepat jam 2.00 petang,  rombongan kami bergerak menuju ke Mekah,
setelah 4 hari berada di Madinah. Kami bersiap memakai pakaian IHRAM
dan singgah sebentar ke BIR ALI untuk BERMIQAT. 

 Menaiki bas, kami bertalbiah (menyahut panggilan Allah SWT) bersama-sama dengan
dipimpin oleh Ustaz Abdul Rahman. Terasa perasaan sayu dihati, ucapan yang sering didengari
di radio dan tv sewaktu musim haji, kena bergema dalam bas kami.
. Namun selepas 15 minit, tiada lagi kedengaran suara talbiah. Segalanya sunyi sepi.
Mungkin ramai yang telahpun terlena ataupun melayan fikiran masing-masing dan saya sendiri turut terlena.


Setelah 3 jam perjalanan bas kami berhenti di sebuah Hentian Rehat
yang terletak di tengah padang pasir antara Madinah - Mekah. 
Hentian ini dibina oleh orang perseorangan dan kemudahannya
adalah cukup kadar sahaja dan yang menarik terdapat bengkel
membaiki kenderaan di hentian tersebut


Disini kami dijamu dengan nasi talam bagi perkongsian 4 orang dan
lauk hanyalah ikan goreng yang bertambah sedap bila dimakan secara
beramai-ramai