Isnin, 10 Jun 2013

MY ACCIDENT

18 Mac 2013 jam 6.00 petang, selepas mengambil wife di pejabat
seperti biasa membawa motorsikal melalui jalan dari Sg Way ke
USJ Subang Jaya, semasa sedang mengambil selekoh untuk ke USJ 2
tiba-tiba motorsikal hilang kawalan dan kami jatuh ke jalanraya.
Mujur kereta dibelakang dipandu perlahan lantas pemandunya
memberhentikan kenderaan dan keluar menghalang pemandu lain
terus ke depan. 

Ketika  jatuh tersebut, terdapat rakan pejabat yang melalui kawasan
tersebut dan saya memintanya membawa ke pejabat sahaja dan
meninggalkan motorsikal di tepi jalan. Dengan keadaan tangan berdarah
dan kaki serta badan sakit  manakala wife terkulai tangannya
maka saya mengagahi membawa kereta sebelah
tangan menuju ke sekolah agama anak dan setersunya ke klinik untuk
mendapatkan rawatan.  Setibanya diklinik doktor terus mengeluarkan
surat untuk dirujuk ke hospital dan sekali lagi saya memandu dengan
keadaan lalulintas yang sesak menuju ke Sunway Hospital untuk
mendapatkan rawatan susulan.

Hasil pemeriksaan doktor tangan wife saya memang terkeluar dari
tempatnya dan memerlukan rawatan untuk memperbetulkannya dan kami
terpaksa ditahan 1 malam di hospital tersebut.




Tiada ulasan: