Hari-hari yang seterusnya kami berusaha untuk mengerjakan ibadat
umrah dengan usaha sendiri iaitu dengan menggunakan pengangkutan
awam (sebelum ini kami menggunakan bas yang disediakan oleh penganjur)
Pengangkutan bas menjadi pilihan melihatkannya ia lebih selesa dan selamat
dari menaiki teksi yang berhimpit-himpit dan pelbagai ragam pemandunya.
Pencarian dan usaha yang gigih akhirnya bertemu jua hentian bas Mekah
yang boleh menghubungkan ke seluruh Arab Saudi. Bas berwarna merah
bertulis EPACO menjadi pilihan untuk ke Tanaim untuk bermiqat.
Hati menjadi lebih lapang dan tenang ketika menaiki bas ini lebih-lebih
lagi mengetahui pemandunya adalah rakyat Indonesia yang bermastautin
di bumi Mekah ini dan di dalam bas hanya terdapat 5 orang penumpang sahaja.
Perjalanan menaiki bas melalui bandar-bandar lama Mekah menjadi
satu kenangan yang cukup indah dan melihatkan turun naiknya
penumpang masyarakat Arab di dalam bas ini menjadi satu keterujaan
dan seakan-akan kita berada di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan