Isnin, 28 September 2015

MENGINAP DI TH HOTEL ALOR SETAR

Pada 25-26 September 2015 yang lalu, kami sekeluarga telah
menginap di TH Hotel Alor Setar, kami ke sana adalah
kerana untuk melawat along yang belajar di Kolej Mara
Kuala Nerang yang tidak dapat balik berhari raya Aidiladha
kerana mengulangkaji pelajaran untuk exam minggu hadapan

Hotel ini terletak bersebelahan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
Alor Setar Kepala Batas dan dikelilingi sawah padi .
Hotel ini digunakan untuk jemaah haji dari kawasan utara
seperti Kedah dan Perlis untuk terbang terus mengerjakan haji
tanpa perlu lagi bersesak di Kelana Jaya, Selangor

Hotel ini mempunyai kemudahan serba lengkap seperti kolam renang
yang diasingkan lelaki dan perempuan, gym, tempat letak kereta
yang luas, bilik yang selesa dan bertaraf 4 - 5 bintang dan
sarapan pagi juga turut disediakan
 

Kolam renang  yang cukup sesuai untuk beriadah 
bagi melepaskan tekanan serta untuk mandi-manda


Gym yang mempunyai kemudahan yang serba lengkap 
dan anak-anak tidak melepaskan peluang menggunakan
semua peralatan yang disediakan


Sawah padi mengelilingi hotel ini menjadikan sejuk mata memandang
dan jauh dari kesibukan kota dan bandar