Khamis, 25 April 2013

PERJUMPAAN BERSAMA GURU DI SAAS

Program Sesi Bicara Bersama Guru di SAAS Kajang untuk
ANGAH FAIZ

Berdialog dengan guru bagi mengenaplasti kelemahan pelajar

Abis ANGHA kena belasah ngan MAMANYA

ACHU BELANJA MAKAN DI ISTANA BAMBU

13 April ke Restoran Istana Bambu yang terletak bersebelahan
MR2 di Hulu Kelang.

Jamuan ini diadakan sempena meraikan ACHU IJA yang hari
lahirnya jatuh pada bulan APRIL ... tarikh tak ingat ye
(sory ACHU)

Tempatnya memang menarik, semua menggunakan buloh,
tapi kamera cap ayam, malam x nampak dan makanannya
boleh dikatakan agak menyelerakan, tapi yg x sedapnya
kebetulan semasa kami pergi tempat tersebut telah
dibook untuk kenduri perkahwinan, jawapaannya maka
makan kat belakang le jwbnya

SEKITAR HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ALONG DI MRSM

Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2012
telah dilangsungkan di MRSM Serting pada 19 April 2013
Jumaat jam 9.00 pgi yang lalu.

Mula-mulanya berat juga rasa nak menghadirinya, mengenangkan
perjalanan yg jauh dan hanya dimaklumkan last minute

Tapi memikirkan, usaha penat beliau belajar untuk mendapatkan
keputusan cemerlang tersebut, maka perjalanan ke sana
dimuktamad akhirnya pada pagi sebelum ke tempat kerja

Tahniah buat Along atas kejayaan ini, berkat usahanya sendiri
kita sebagai ibu bapa hanya boleh menasihat dan berdoa
untuk kejayaannya, yg lain terpulanglah dia yg menentukannya

Bersama-sama rakan-rakannya yg lain. Pasti tertanya kenapa
baju dia orang lain.... sebab dia orang tu semuanya dapat tukar
ke MRSM lain selepas PMR ini untuk melanjutkan pelajaran
ke tingkatan 4.


Yang peliknya, ALONG berselipar naik ke pentas untuk
menerima anugerah kerana kaki luka akibat main futsal.
Takpelah ALONG janji berjaya