Program Jom Makan Durian anjuran Kelab EVO (Kejuruteraan) MPSJ
di adakan di Mantin N.Sembilan, kami bertolak awal pagi dan
disepanjang perjalanan melalui Highway LEKAS, hujan turun dgn agak lebatnya
Sesampai sahaja di kebun, kereta terpaksa diletakkan diluar
kerana kenderaan kami bukan 4 Wheel Drive & tidak mahu
menanggung risiko
Maka konvoi berjalan kaki beramai-ramai terpaksa di adakan
bagi menuju ke lokasi kebun makan durian tersebut
Sesampai sahaja kami di sana, bertimbun durian telah siap dilonggokan
utk di belah jika sesiapa yg berminat
Apa lagi anak2 terus menjamu durian yg mmg menjadi
pantang jumpa oleh mereka
Turut disaji dgan buah-buahan lain seperti manggis, rambutan
serta nangka madu
Sambutan Hari Lahir bagi kakitangan turut juga diadakan
Tiba masa makan tengahari yg dijamu dgn lauk kampung & ulaman
Tiba masa utk balik, maka buah yg lebih menjadi oleh2
utk dibawa balik bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan