Rabu, 27 November 2013

AQURIA KLCC

 Cuti sekolah, bermulalah perjalanan yang panjang bagi mengisi
kekosongan naluri anak-anak untuk beriadah setelah setahun mentelaah
pelajaran lebih-lebih lagi yang duduk berasrama

 Aquria KLCC mejadi destansi pertama sebelum
melangkah jauh percutian ini ke Port Dickson
untuk beristirehat serta beriadah di sana
Percutian turut disertai dengan adik-beradik yang lain dengan
membawa seisi keluarga bersama bagi mengeratkan lagi persaudaraan ini



 Penyumbang utama pakej percutian ini




Riang ria mereka memberikan satu kepuasan kepada kita semua
dalam membesarkan mereka dan memberikan ilmu yang berguna kepada
dirinya, kita dan masyarakat kelak nanti





Jumaat, 8 November 2013

BERANGKAT PERJALANAN PULANG

 Tepat jam 10.00 pagi, bas kami bergerak meninggalkan Kota Mekah,
di hati kami penuh kesadayuan, apakah kami akan dpt kembali lagi
ke Kota Seribu Hikmah ini, namun perjalanan tetap harus diteruskan,
kerinduan kepada anak-anak bagaikan tidak dapat dibendung,
2 minggu terpisah ibarat 2 tahun tidak bersua, sedangkan selama ini
mereka membesar dihadapan kita,
Perjalanan ke Jeddah mengambil masa 2 jam dari Mekah,
sebelum sampai di Airport Jeddah kami singgah disebuah masjid
berhampiran Laut Merah, untuk makan tengahari, melihatkan rekabentuk
Masjid tersebut ianya seakan mirip Masjid As-Salam Puchong Perdana,
tetapi yang lebih menariknya Masjid ini terletak ditepi laut.
Laut Merah terbentang luas di hadapannya dan menurut ceritanya
disekitar laut inilah lanun-lanun Somalia mengganas merompak
kapal-kapal dagang yang melaluinya. Pantainya cukup bersih
tiada langsung kekotoran seperti apa yg berlaku di Malaysia dan
difahamkan di hari cuti-cuti perayaan, pantai ini menjadi tempat
riadah dan berkelah bagi orang-orang Arab
Sesampai di airport jam baru menujukkan jam 1 tenghari dan
penerbangan untuk ke Jordan hanya akan berlepas jam 3.00 petang nanti.
Perut mula terasa lapar kembali, wife memaklumkan bahawa duit Riyal
masih lagi berbaki dalam SR 100.00, maka dicadangkan kami menjamu
selera di Airport tersebut bagi menghabiskan baki duit tersebut.
Maka Nasib Arab Jeddah lah menjadi pilihan kami bersama.

Kamin singgah di Jordan hanya untuk tujuan transit sahaja tapi dibenarkan
ke hotel berhampiran airport Jordan untuk solat,  makan malam dan
menyiapkan diri untuk ke lapangan terbang jam 11.00 malam kerana
penerbangan ke Malaysia akan bertolak dari Queen Alia Airport Jordan
jam 2.00 pagi
Setelah mengharungi perjalanan selama 11 jam kami akhirnya selamat
sampai di Malaysia tepat jam 6.30 petang. Setelah urusan bagasi
serta pengagihan air zam-zam berakhirlah perjalanan Umrah kami kali ini.
Terima kasih kepada semua group Umrah ini yang saling berkerjasama
dan bantu membantu semasa 14 hari kita berada bersama di sana.
Tidak lupa ucapan penghargaan kepada Ustaz Nasir, Ahli Majlis MPSJ
selaku ketua rombongan yang banyak membantu kami yang masih
kekurangan ilmu dalam mengerjakan umrah ini, Ustaz Abdul Rahman,
Mutawif pihak Andulasia di Mekah dan Madinah. Moga umrah dan ibadat
kami diterima oleh ALLAH s.w.t hendaknya dan INSYAALLAH
jika ada umur yang panjang serta rezeki kami akan menjejakinya
semula tidak kira melalui perjalanan Umrah mahupun HAJI

WASALAM

LAWATAN KE MUZIUM MEKAH

Pengisian lawatan di teruskan lagi dengan menuju Muzium Masjidil
Haram Mekah.  Uniknya muzium ini ianya terletak diluar kota
Mekah dan hanya pelawat dan rombongan yang mendapat permit
serta pas khas yang ditempah 2-3 bulan sebelum lawatan sahaja
dapat memasuki dan melawatinya

Di dalam muzium ini dipenuhi dengan artifak-artifak
lampau Masjidil Haram Mekah yang pernah digunakan'
satu ketika dahulu

Muzium ini juga masih dalam proses peningkatan dan
pengubahsuaian di mana ruang pelawat agak terhad
dan sentiasa dipantau oleh petugas muzium agar tidak
terlalu lama berada di dalamnya ( hanya sekitar 1 jam
lawatan sahaja) bagi memberikan peluang kepada pelawat-
pelawat yang lain pula

Pintu-pintu Masjidil Haram satu ketika dahlu

Peralatan untuk mengepam telag air zam-zam
Diluar Muzium Masjidil Haram

CORAT-CORAT SEPANJANG DIMEKAH


Kehilangan selipar di Madinah dan Mekah adalah satu yang cukup
lumrah, walaupun kita berhati-hati atau menyimpan di tempat
yang disediakan, seharusnya kita harus redha dan tawakal
kepada ALLAH s.w.t atas setiap kejadiannya, mungkin ada
hikmah disebaliknya, bagi mengajar kita erti kepayahan dan
merasa kelembutan bumi ALLAH yang bertuah ini
Berdetik hatinya untuk menyertainya, kerana hampir disetiap selepas
solat fardhu pasti akan dijalanakn solat ini, lantas terus turun ke bawah
bagi mengenalpasti di mana jenazah di letakkan dan ke arah mana
laluannya bagi memudahkan untuk turut sama menyertainya

Syukur ALHAMDULILAH akhirnya diketemukan dan turut sama menyertai
mengusung jenazah yang bertuah ini hingga ke kenderaan jenazah yang
diletakkan di luar Masjidil Haram ini walaupun terpakas berkaki ayam
mengusung jenazah dengan meninggalkan selipar.  Apa yang menjadi satu
kesedaran  ialah melihat setiap orang yang melalui disisi jenazah semasa dibawa
pasti tetap akan mengambil kesempatan untuk mengangkatnya sekali dan
kita sama sekali tidak akan berpeluang untuk membawanya sampai ke  van jenazah


Makanan di bumi Mekah dan Madinah tidak menjadi masalah
kerana ianya adalah keperluan asas minimum kepada setiap jemaah
yang hadir disini kerana keutamaan kepada kita adalah untuk
berebut mengerjakan amal ibadah.  Lebih-lebih lagi makanan yang
di masak tidak jauh dengan ciri-ciri makanan Malaysia kerana
tukang masaknya adalah orang Indonesia

Air zam-zam merupakan salah satunya penjagaan penting kesihatan
kita semasa berada di Mekah, tidak kira banyak manapun kita minum
ianya tidak membawa kemudaratan dan ianya adalah satu tonik
dan energy kepada dalam menjalankan ibadah di sini

 Bila melihat jemaah berbangsa India dan Sri Lanka berebut-rebut
mendapatkan air zam-zama dan sanggup membawa setiap hari berbotol
-botol ke hotel terasa mereka lebih memanafaatkan setiap apa yang ada
daripada kita yang benar-benar terleka dengan berboros dengan
pelbagai minuman yang berasid
Burung Merpati begitu SINONIM dengan Mekah dan Madinah
satu mahkluk ALLAH yang diciptakan bagi menyerikan lagi kota ini

MENERUSKAN IBADAH UMRAH

Hari-hari yang seterusnya kami berusaha untuk mengerjakan ibadat
umrah dengan usaha sendiri iaitu dengan menggunakan pengangkutan
awam (sebelum ini kami menggunakan bas yang disediakan oleh penganjur)

Pengangkutan bas menjadi pilihan melihatkannya ia lebih selesa dan selamat
dari menaiki teksi yang berhimpit-himpit dan pelbagai ragam pemandunya.
Pencarian dan usaha yang gigih akhirnya bertemu jua hentian bas Mekah
yang boleh menghubungkan ke seluruh Arab Saudi. Bas berwarna merah
bertulis EPACO menjadi pilihan untuk ke Tanaim untuk bermiqat.

Hati menjadi lebih lapang dan tenang ketika menaiki bas ini lebih-lebih
lagi mengetahui pemandunya adalah rakyat Indonesia yang bermastautin
di bumi Mekah ini dan di dalam bas hanya terdapat 5 orang penumpang sahaja.
Perjalanan menaiki bas melalui bandar-bandar lama Mekah menjadi
satu kenangan yang cukup indah dan melihatkan turun naiknya
penumpang masyarakat Arab di dalam bas ini menjadi satu keterujaan
dan seakan-akan kita berada di Malaysia.





MENJEJAKI SEJARAH-SEJARAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Disamping mengerjakan ibadah Umrah, kami juga di bawa
menjejaki dan menziarahi kesan-kesan sejarah RASULAALLAH
bagi menzarihkan lagi ketakwaan kita kepada ALLAH yang maha esa.

Masjid Udaibiyah salah satu kesan peninggalan sejarah Nabi
Muhammad s.a.w yang masih kekal dan tetap utuh walaupun
beribu tahun telah berlalu. Melihat struktur batu-batu yang
menjadi dinding masjid tersebut terasa detik hati ini melihat
kehebatan umat-umat Islam terdahulu dalam menegakkan syiar ISLAM

Kami juga berpeluang berada di kaki Bukit Jabal Thur tempat
dimana Nabi Muhammad s.a.w menyembunyikan diri dari golongan
kafir.  Dari jauh kelihatan bukit tersebut terlalu tandus dan pendakian
ke sana mungkin mengambil masa 2-3 jam untuk sampai dan ketabahan
RASULAALLAH  menjadi satu iktibar kita bersama.



Lawatan seterusnya adalah ke Jabal Rahmah yang terletak
bersebelahan dengan Padang Arafah di mana tempat Nabi Adam a.s
penghulu Nabi kita bertemu dengan isterinya setelah keluar dari syurga

Bagi yang tidak mempunyai kekuatan untuk mendaki Jabal Rahmah
terpaksa lah merehat dan berdoa di bawah sahaja

Lawatan terakhir adalah ke ladang unta yang terletak di tengah padang pasir.
Keterujaan melihat unta-unta berkeliaran di dalam ladangnya sendiri