Tepat jam 10.00 pagi, bas kami bergerak meninggalkan Kota Mekah,
di hati kami penuh kesadayuan, apakah kami akan dpt kembali lagi
ke Kota Seribu Hikmah ini, namun perjalanan tetap harus diteruskan,
kerinduan kepada anak-anak bagaikan tidak dapat dibendung,
2 minggu terpisah ibarat 2 tahun tidak bersua, sedangkan selama ini
mereka membesar dihadapan kita,
Perjalanan ke Jeddah mengambil masa 2 jam dari Mekah,
sebelum sampai di Airport Jeddah kami singgah disebuah masjid
berhampiran Laut Merah, untuk makan tengahari, melihatkan rekabentuk
Masjid tersebut ianya seakan mirip Masjid As-Salam Puchong Perdana,
tetapi yang lebih menariknya Masjid ini terletak ditepi laut.
Laut Merah terbentang luas di hadapannya dan menurut ceritanya
disekitar laut inilah lanun-lanun Somalia mengganas merompak
kapal-kapal dagang yang melaluinya. Pantainya cukup bersih
tiada langsung kekotoran seperti apa yg berlaku di Malaysia dan
difahamkan di hari cuti-cuti perayaan, pantai ini menjadi tempat
riadah dan berkelah bagi orang-orang Arab
Sesampai di airport jam baru menujukkan jam 1 tenghari dan
penerbangan untuk ke Jordan hanya akan berlepas jam 3.00 petang nanti.
Perut mula terasa lapar kembali, wife memaklumkan bahawa duit Riyal
masih lagi berbaki dalam SR 100.00, maka dicadangkan kami menjamu
selera di Airport tersebut bagi menghabiskan baki duit tersebut.
Maka Nasib Arab Jeddah lah menjadi pilihan kami bersama.
Kamin singgah di Jordan hanya untuk tujuan transit sahaja tapi dibenarkan
ke hotel berhampiran airport Jordan untuk solat, makan malam dan
menyiapkan diri untuk ke lapangan terbang jam 11.00 malam kerana
penerbangan ke Malaysia akan bertolak dari Queen Alia Airport Jordan
jam 2.00 pagi
Setelah mengharungi perjalanan selama 11 jam kami akhirnya selamat
sampai di Malaysia tepat jam 6.30 petang. Setelah urusan bagasi
serta pengagihan air zam-zam berakhirlah perjalanan Umrah kami kali ini.
Terima kasih kepada semua group Umrah ini yang saling berkerjasama
dan bantu membantu semasa 14 hari kita berada bersama di sana.
Tidak lupa ucapan penghargaan kepada Ustaz Nasir, Ahli Majlis MPSJ
selaku ketua rombongan yang banyak membantu kami yang masih
kekurangan ilmu dalam mengerjakan umrah ini, Ustaz Abdul Rahman,
Mutawif pihak Andulasia di Mekah dan Madinah. Moga umrah dan ibadat
kami diterima oleh ALLAH s.w.t hendaknya dan INSYAALLAH
jika ada umur yang panjang serta rezeki kami akan menjejakinya
semula tidak kira melalui perjalanan Umrah mahupun HAJI
WASALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan