Khamis, 25 April 2013

SEKITAR HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ALONG DI MRSM

Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2012
telah dilangsungkan di MRSM Serting pada 19 April 2013
Jumaat jam 9.00 pgi yang lalu.

Mula-mulanya berat juga rasa nak menghadirinya, mengenangkan
perjalanan yg jauh dan hanya dimaklumkan last minute

Tapi memikirkan, usaha penat beliau belajar untuk mendapatkan
keputusan cemerlang tersebut, maka perjalanan ke sana
dimuktamad akhirnya pada pagi sebelum ke tempat kerja

Tahniah buat Along atas kejayaan ini, berkat usahanya sendiri
kita sebagai ibu bapa hanya boleh menasihat dan berdoa
untuk kejayaannya, yg lain terpulanglah dia yg menentukannya

Bersama-sama rakan-rakannya yg lain. Pasti tertanya kenapa
baju dia orang lain.... sebab dia orang tu semuanya dapat tukar
ke MRSM lain selepas PMR ini untuk melanjutkan pelajaran
ke tingkatan 4.


Yang peliknya, ALONG berselipar naik ke pentas untuk
menerima anugerah kerana kaki luka akibat main futsal.
Takpelah ALONG janji berjaya

Tiada ulasan: