Isnin, 10 Jun 2013

PERJALANAN KE MEKAH

MASJID BIR ALI

Tepat jam 2.00 petang,  rombongan kami bergerak menuju ke Mekah,
setelah 4 hari berada di Madinah. Kami bersiap memakai pakaian IHRAM
dan singgah sebentar ke BIR ALI untuk BERMIQAT. 

 Menaiki bas, kami bertalbiah (menyahut panggilan Allah SWT) bersama-sama dengan
dipimpin oleh Ustaz Abdul Rahman. Terasa perasaan sayu dihati, ucapan yang sering didengari
di radio dan tv sewaktu musim haji, kena bergema dalam bas kami.
. Namun selepas 15 minit, tiada lagi kedengaran suara talbiah. Segalanya sunyi sepi.
Mungkin ramai yang telahpun terlena ataupun melayan fikiran masing-masing dan saya sendiri turut terlena.


Setelah 3 jam perjalanan bas kami berhenti di sebuah Hentian Rehat
yang terletak di tengah padang pasir antara Madinah - Mekah. 
Hentian ini dibina oleh orang perseorangan dan kemudahannya
adalah cukup kadar sahaja dan yang menarik terdapat bengkel
membaiki kenderaan di hentian tersebut


Disini kami dijamu dengan nasi talam bagi perkongsian 4 orang dan
lauk hanyalah ikan goreng yang bertambah sedap bila dimakan secara
beramai-ramai



Tiada ulasan: