Rabu, 15 Mei 2013

LAUT MATI JORDAN

Perjalanan diteruskan lagi dan kami singgah di LAUT MATI, kawasan yang bersempadanan dengan ISRAIL, JORDAN dan PLASTINE.  Kelihatan khemah-khemah tentera berada disekitar kawasan ini.  Kadar kemasinan air di sini lebih 7 kali likat daripada garam biasa sehinggakan tangan yang kita  melekit apabila memegang air tersebut.   Tujuan kami ke sini bukanlah untuk berseronok-seronok tapi bagi melihat sendiri kejadian ALLAH s.w.t terhadap umatnya yang mengamalkan aktiviti songsang.


Air laut menjadi garam asli


Kebanyakan yang mandi-manda adalah kanak-kanak

Disebalik bukit gambar belakang adalah NEGARA PLASTINE

Sebelum meneruskan perjalanan kami singgah ke sebuah kedai berhampiran gua tersebut bagi membeli beberapa cendermata dan ubat-ubatan yang dihasilkan dari Laut Mati tersebut.  Sekadar membeli barangan keperluan yang sepatutnya kerana kadar tukaran wang Jordan terlalu tinggi 1 Riyal Jordan bersamaan RM 15 duit Malaysia


 

Tiada ulasan: