Tepat jam 5.00 pagi pesawat kami sampai di MADINAH dari JORDAN. Dari kejauhan nampak MASJID MADINAH terang benderang di waktu SUBUH mendatangkan rasa megah melihat KEAGUNGAN ISLAM. Hati benar-benar tersentuh ketika itu akhirnya sampai jua ke sini setelah mengharungi perjalanan yang cukup panjanb.
Sebelum pemeriksaan IMIGRESEN ARAB SAUDI, kami semua bersolat dahulu berhadapan dengan pintu pemeriksaan secara berjemaah sebab waktu subuh yang semakin suntuk (SUBUH di sana jam 4.30 pagi), ini menimbulkan kemarahan mereka tetapi pemeriksaan masuk berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Seterusnya kami mencari beg utuk dibawa ke dalam bas yang sedia menunggu. Jenuh mencari beg kami sekeluarga rupanya telah diambil oleh petugas-petugas lapangan terbang di bawa keluar. Maka bermulalah acara tarik-menarik, kerana petugas tersebut akan memaksa kita menggunakan perkhidmatan mereka. Seterusnya kami disambut oleh Mutawif yang disediakan oleh Agensi Andalusia iaitu Ustaz Abdul Rahman (pelajar Indonesia yg belajar di Mekah)
Diluar Airport Madinah
Bas yang sedia menunggu
Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, Ustaz Abdul Rahman sentiasa menceritakan sejarah-sejarah Kota Madinah tanpa jemu-jemu dan kami semua mendengarnya dengan penuh teliti dan minat. Jarak perjalanan dari airport ke hotel dalam 1/ 2 jam dan kami melalui BUKIT UHUD terus menuju HOTEL DURRAT AL FAYROZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan