Isnin, 21 Oktober 2013

KESINAMBUNGAN CERITA UMRAH TERDAHULU




  Perjalanan 6 jam dari Madinah ke Mekah memang mengujakan, sepanjang perjalanan hanya gunung ganang menjadi santapan mata, terasa kepayahan Nabi Muhamaad s.a.w dalam berhijrah ke Madinah, sedangkan kita hanya bersandar di kerusi di dalam sepanjang perjalanan ini.

Rombongan kami sampai di pinggir Kota Mekah lebih kurang jam 10.00 malam, dari kejauhan Menara Jam Mekah telah jelas kelihatan menyambut kami semua.  Melihat keadaaan persekitaran Kota Mekah yang penuh sesak dengan pelbagai kenderaan dan jemaah dari pelbagai bangsa, hati ini semakin menjadi tidak keruan,  apakah ibadah ku di sini diterimanya, mampukah aku mengerjakan umrah ini, namun tetap tawakal kepada yang maha esa.   Kepadanya ku berserah dan mengharapkan keredahaannya, semuga dipermudahkan segala amalanku disini.

Kami rombongan ditempatkan di sebuah hotel yang jaraknya ke Masjidil Haram lebih kurang 650 meter.   Setelah mengemaskan beg, kami semua terus dibawa memasuki Masjid untuk bersolat Isyak dan Jamak Solat Maghrib.  Sepanjang perjalanan ke masjid kelihatan berduyun-duyun jemaah samada yang baru pulang atau baru hendak memasuki masjid yang menimbulkan suasana hingar bingar sedangkan waktu tersebut telah memasuki hampir ke tengah malam.
Setelah mengerjakan solat, kami semua di bawa menuju ke Kaabah untuk mengerjakan tawaf umrah. Ketika kaki melangkah menuju ke kawasan persekitaran Kaabah terasa bertapa kecilnya diri kita ini di sisi Maha Esa dan bila melihatkan kukuh dan tegapnya Kaabah terbina terasa besarnya kekuasaannya.  
Setelah selesai tawaf, kami semua di bawa pula untuk mengerjakan Saie iaitu berjalan kaki dari Safa ke Marwah tepat jam 12.30 malam.  Syukur Alhamdulilah disini tidak berapa ramai orang kerana kami melakukannya di tingkat bawah dan pada waktu tersebut kebanyakkan jemaah sudah pulang ke penginapan masing-masing untuk persiapan solat subuh dan kami bertahlul tepat jam 2.00 pagi. 







Tiada ulasan: