Ahad, 19 Mei 2013

angah projek


Makanan Dan Amalan Pemakanan

              Seperti yang kita ketahui, makanan menjadi sumber utama dalam kehidupan manusia. Manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan kerana ianya membekalkan tenaga yang membuatkan kita mampu melakukan aktiviti harian seperti berjalan, melompat dan berbagai aktiviti lagi.
               Walaubagaimanapun, pengambilan makanan yang tidak berkhasiat atau seimbang  boleh memudaratkan kesihatan diri. Itulah sebabnya mengapa piramid makanan dicipta. Tujuannya adalah supaya orang ramai tahu cara pengambilan makanan yang betul dan sihat.
                Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

                Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini.

                Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

    Antara langkah untuk mengurangkan pengambilan makanan kurang sihat (segera) dalam kalangan masyarakat di Malaysia ialah, ibu bapa haruslah mendidik, memantau serta mengawal kadar pengambilan makanan segera anak-anak mereka. Hal ini berlaku demikian kerana dalam era yang meletakkan kerjaya sebagai keutamaan ini, ibu bapa perlu menitikberatkan soal pemakanan anak-anak mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya. Lantaran itu, anak-anak akan kurang mengambil makanan segera kesan daripada didikan ibu bapa mereka seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Tamsilnya, ibu bapa perlu memberitahu anak-anak mereka tentang kebaikan dan keburukan makanan segera bagi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Oleh itu, didikan, pemantauan serta kawalan daripada ibu bapa merupakan langkah bijak bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

        Selain itu, alternatif lain bagi mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat di Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ialah pihak sekolah haruslah memastikan makanan-makanan yang dijual di kantin sekolah mereka berzat dan bukannya makanan segera. Hal ini berlaku demikian kerana sebilangan pihak pengurusan kantin yang sengaja menjual makanan segera bagi menarik perhatian para pelajar sekaligus melariskan jualan mereka ini akan sentiasa beringat untuk memenuhi peraturan yang dikenakan ke atas mereka berkaitan penyediaan juadah yang di jual. Justeru, kesusahan mendapatkan sumber makanan segera akan menyebabkan para pelajar memperoleh makanan yang berkhasiat sekaligus mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Sebagai contoh, guru besar atau pengetua sesebuah sekolah perlulah mengetahui makanan-makanan yang di jual di kantin sekolah serta mendapatkan maklum balas para pelajar terhadap makanan-makanan tersebut. Oleh itu, sikap tanggungjawab pihak sekolah amatlah diharapkan bagi melahirkan generasi yang mengamalkan gaya hidup sihat.

        Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlulah mengehadkan pengeluaran makanan segera dalam industri pembuatan makanan segera sebagai satu langkah bijak dalam menangani isu ini. Hal ini berlaku demikian kerana pengambilan makanan segera yang terlalu kerap boleh membunuh harapan kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Impaknya, kawalan pengeluaran makanan segera akan menjadikan masyarakat lebih mengutamakan pengambilan makanan ruji dalam kehidupan harian mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya. Tamsilnya, kerajaan perlulah menetapkankan kuota pengeluaran makanan segera bagi sesebuah kilang dalam industri pembuatan makanan segera ini.
                Gizi seimbang adalah susunan makanan sehari-hari yang mengandung zat gizi dalam jenis dan jumlah yang sesuai dengan kebutuhan tubuh, dengan memerhatikan prinsip keanekaragaman atau variasi makanan, aktivitas fisik, kebersihan, dan berat badan (BB) ideal.
Jika seseorang mengalami kekurangan gizi, yang terjadi akibat asupan gizi di bawah kebutuhan,  maka ia akan lebih rentan terkena penyakit dan kurang produktif. Sebaliknya, jika memiliki kelebihan gizi akibat asupan gizi yang melebihi kebutuhan, serta pola makan yang padat energi (kalori) maka ia akan berisiko terkena berbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dsb. Kerana itu, pedoman gizi seimbang disusun berdasarkan kebutuhan yang berbeda pada setiap golongan usia, status kesihatan dan aktiviti fizik.
Untuk membantu setiap orang memilih makanan dengan jenis dan jumlah yang tepat, kebutuhan asupan gizi divisualisasikan dalam bentuk Tumpeng Gizi Seimbang (TGS), yang terdiri atas potongan-potongan tumpeng. Luas potongan menunjukkan porsi yang harus dikonsumkan setiap hari. TGS dialasi air putih, ertinya air putih merupakan bahagian terbesar dari zat gizi esensial bagi kehidupan untuk hidup sihat dan aktif.
               Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita untuk bersedekah kepada yang lebih memerlukan. Oleh itu, kita sebagai umatnya haruslah mengambil berat tentang perkara ini. Negara Malaysia mepunyai makanan yang mencukupi untuk semua orang. Jarang sekali kita mendengar kes kematian yang disebabkan oleh kebuluran. Malahan, Negara kita adalah Negara yang dikatakan paling ramai yang menghidap penyakit obesity.
               Disebakan oleh perkara yang diatas, kita haruslah mengagihkan makanan kepada yang kurang mampu. Di Negara sendiri pun ada yang tidak cukup makan inikan pula Negara orang lain. Contohnya rakyat di Negara Palestine yang kini kekurangan sumber makanan yang disebakan oleh peperangan. Keadaan merka disana amatlah menyadihkan tambahan lagi mereka di dalam krisis kekurangan sumber.
               Seperti yang tertera di dalam surat khabar pada masa kini, kita juga telah ketahui bahawa Negara Somalia iaitu Negara yang terletak di bumi Afrika megalami kemelesetan hidup. Mereka adalah Negara yang amat memerlukan sumber makanan. Kanak-kanak di sana amatlah kurus dan kadar kematian mereka disana sangat tinggi. Justeru itu, kita sebagai orang islam adalah menjadi kewajiban kita untuk bersedekah kepada mereka.
                 Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

                 Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.


                  Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu atau garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Kajian membuktikan bahawa, pada tangan atau jari kita ini, terdapat enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa sebelum makan.  Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur.

                  Terdapat banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ini. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, bacalah doaBismillahiwa’ala barokatillah
Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan atau jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran. Akhir sekali ialah makanlah sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Tiada ulasan: