Isnin, 20 Mei 2013

ZIARAH KE MADINAH -

MASJID NABAWI ... sebelum SOLAT ISYAK

Sebaik sahaja sampai kami terus diberikan bilik dan diarah menyiapkan diri untuk tujuan lawatan dan ziarah ke Masjid Nabawi serta Makam Rasulullah.  Bila masuk sahaja ke bilik hotel alangkah terkejut kami, melihat satu bilik dimuatkan 5 katil sedangkan kami hanya bertiga dan melihat keadaan tersebut terasa bertapa kuat semangat mereka yang mengerjakan haji bila berkeadaan sebegini.  Selepas sarapan pagi kami terus menunggu di lobi hotel tetapi saya terlupa membawa kamera yang tertinggal  di dalam bilik lantas naik semula ke atas untuk mengambilnya.  Bila turun semula ke lobi yang tinggal hanyalah jemaah wanita yang akan dibawa oleh Ustazah  manakala jemaah lelaki telah mengikuti Ustaz Abdul Rahman membuat lawatan.  tersebut dalam beberapa minit yang lalu.  Lantas saya mempunyai keyakinan diri terus sahaja mengikut arah orang ramai berjalan untuk sampai ke Masjid Nabawi dan seterusnya mengejar rombongan tersebut dan akhirnya berjumpa juga.



Di lobi hotel

Hotel-Hotel di Madinah

Seterusnya kami diberikan penerangan sejarah pembinaan Masjid Nabawi ini dan ganjaran yang diperolehi jika kita bersolat di masjid ini di mana kelebihannya 1,000 dari Masjid-masjid lain kecuali Masjid Al-Aqsa dan Masjidil Haram.  Selepas diberikan penerangn ringkas kami terus masuk ke dalam untuk menunaikan solat sunat dan duha.   Alangkah indahnya Masjid ini dan terasa ketenangan dan kedamaian bila bersolat disini.  Dengan senibina yang cantik dan kawasan yang sentiasa bersih dijaga sentiasa menerima kunjungan umat Islam tidak kira masa.  Seterusnya kami dibawa ke Makam Nabi untuk mengucapkan selamat datang kepadanya.  Semasa melalui kawasan Raudah kelihatan jemaah bertolak-tolak untuk keluar dan memasuki dan kami diberikan nasihat oleh Ustaz Abdul Rahman agar hanya masuk bila keadaan benar-benar sesuai agar tidak menimbulkan permasalahan.


Tersergam Indah Masjid Nabawi


Lampu-Lampu menerangi keindahan masjid

 Selepas menziarahi makam  nabi, kebanyakan rakan-rakan saya  terus balik ke hotel.  Saya mengambil keputusan  masuk ke Raudah untuk mengerjakan solat sunat dan alhamdulilah dipermudahkan walaupun terpaksa bersesak dan bila saya menoleh dibelakang kelihatan seorang rakan seumrah  berada dibelakang dan bila ditanya dia telah lama memerhatikan pergerakkan dan perancangan saya untuk memasuki kawasan Raudah tersebut dan mengikutinya sahaja untuk memudahkannya masuk. Setelah solat dan berdoa saya cuba untuk keluar tapi keadaan semakin teruk, lantas saya terus melangkah ke depan dan berdiri sahaja dan kebetulan jemaah arab dihadapan saya bangun untuk keluar lantas saya terus mengangkat tangan bertakbir dan terus menunaikan solat sekali lagi.  

Untuk keluar dari Masjid tersebut setiap jemaah perlu melalui Makan Nabi kerana  jalan keluar adalah sehala kesempatan ini digunakan sekali lagi oleh saya untuk berdoa dikawasan tersebut dan menyampaikan salam kepada mereka yang telah memesannya sewaktu ditanahair dahulu.  Bila tiba dipintu keluar kelihatan tiada askar yang menjaga lantas saya memusing kembali untuk masuk kembali tanpa perlu menggunakan pintu utama dan sekali lagi berdoa di makan nabi, untuk kali ke 2 bila keluar saya cuba sekali lagi untuk memusingkan badan tapi nasib saya tidak baik terus dipegang oleh askar tersebut untuk diarahkan keluar.  Mungkin dia telah lama memerhatikan tindak-tanduk saya dan saya redha dan terus keluar dari pintu tersebut.

Tiada ulasan: