Selasa, 14 Mei 2013

BERMULALAH SEBUAH PERJALANAN



29 April 2012 Jumaat selepas solat Asar, bermulalah perjalanan ini menjadi TETAMU ALLAH.  Syukur ALHAMDULILAH semua adik-adik ipar bersama keluarga mereka turut hadir bersama bagi menghantar kami ke KLIA.  Kesayuan mula terasa bila melihat anak-anak semua berada disisi kerana pertama kali berpisah dengan mereka dengan jangka masa yang agak lama dan perjalanan yang amat jauh dan panjang walaupun selama ini terpisah jua dengan mereka yang tinggal di asrama, tapi cara dan rasanya terlalu berlainan kali ini.




Tepat jam 8.00 malam, maka berangkatlah kami memasuki ruang menunggu perlepasan antarabangsa KLIA  meninggalkan keluarga dengan penuh kesedayuan dan memohon semuga mereka semua dalam keadaan selamat serta sihat walafiat sepanjang ketiadaan kami.   Perjalanan ini akan bermula dari KLIA menuju ke BANGKOK untuk transit selama 1 jam dan seterusnya ke JORDAN dengan mengambil masa 11 jam dan selepas itu barulah kami akan ke MADINAH.

Tiada ulasan: