Isnin, 13 Mei 2013

SEBULAN SEBELUM PERJALANAN UMRAH

Jemputan Umrah merupakan satu program yang amat menarik di Astro Oasis, sering kali melihatnya di kaca tv dan kadang-kadang terdetik juga hati ini berkata, alangkah indah dan bertuahnya sekiranya dapat ke sana mendapat tajaan sebegini tetapi kuasa ALLAH maha besar dan lebih mengetahui segala-galanya akan maksud insan-insannya yang lemah dan kerdil ini.

Tanggal 20 March 2012 sekitar jam 9.30 pagi sewaktu sedang berkerja , menerima panggilan dari Jabatan Sumber Manusia memaklumkan bahawa nama tercalun sebagai salah seorang kakitangan yang akan mengerjakan umrah pada tahun tersebut (penghargaan syarikat kepada kakitangan yang berkhidmat melebihi 20 tahun) bagi menggantikan rakan-rakan yang tidak dapat pergi  sedangkan jika diikut senarai ranking berkemungkinan hanya akan pergi 3-4 tahun lagi, kuasa ALLAH mampu mengubah segalanya.

Langkah pertama menghubungi isteri dan memaklumkan tawaran tersebut dan berhasrat membawanya sekali (tapi tidak ditanggung oleh majikan).  Apatah si isteri yang memang telah lama ingin ke sana membawa ibunya mendapat perkhabaran indah sebegini terus menzahirkan persetujuannya.  Langkah ke dua menghubungi ibu-bapa dan memohon izinnya untuk ke sana dan seterusnya meminta bantuan untuk menjaga dua anak yang masih bersekolah.

Selepas dari tarikh itu setiap saat dirasakan cukup berharga sedangkan waktu mengejar kita untuk ke sana disamping diri  yang masih lagi belum sempurna dengan ilmu-ilmu agama maka langkah insentif terpaksa diambil KURUS dan CERAMAH UMRAH harus dihadiri sebanyak mana mungkin disamping bertanya pada mereka-mereka yang telah ke sana serta dengan melayari internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berguna.  Allhamdulilah akhirnya dipermudahkan juga, rakan-rakan di pejabat mahupun dirumah, saudara mara serta ibu bapa banyak membantu dengan memberikan buku-buku rujukan yang membimbing ke arahnya.
Kursus Umrah Anjuran MPSJ

Bersama Ustaz Mohd  Nasir yang juga merupakan Ahli Majlis Di MPSJ
dan juga Ketua Rombongan dalam perjalanan umrah itu nanti.

Kursus Umrah bersama Ustaz Dato' Daud Che Ngah
Pengurus Besar Sykt Umrah Andalusia (Mantan Pengarah Tabung Haji)


Pejabat Andalusia yang sentiasa penuh setiap pagi
sabtu dan ahad dengan penganjuran Ceramah Umrahnya.

BLOG HAJIARSHAD & MANZALIE

Antara blog-blog yang banyak membantu dan membawa manafaat
sepanjang berada di sana (semuga ALLAH memberikan ganjaran
yang besar kepada mereka dgn membantu memberikan info yang
berguna kepada yang akan ke sana - dan semoga 10 tahun
akan datang BLOG ini pula akan membantu org lain pula)

Tiada ulasan: