Selasa, 14 Mei 2013

PENGALAMAN PERTAMA KALI MENAIKI KAPALTERBANG


Terus terang mengatakan tanpa berselindung perasaan malu, ini lah kali pertama setelah hampir 42 tahun barulah merasa menaiki kapalterbang.  Bukan tidak berkemampuan tetapi tiada kesempatan meskipun dengan kewujudan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, namun tiada peluang untuk menaikinya.

Perasaan teruja untuk menaikinya memang ada, lebih-lebih lagi memikirkan perjalanan selama 11 jam apakah mampu kita menyerap tekanannya, mampukah kita tidur apa yang hendak kita lakukan semuanya menimbulkan pelbagai persoalan, sedangkan perjalanan membawa kereta balik ke kampung di BAGAN DATOH selama 4 jam dirasakan terlalu jauh dan memeritkan apatah lagi di dalam pesawat dimana pergerakan kita memang benar-benar tersekat.




Bila memasuki pesawat perasaan tersebut dibuang jauh-jauh dengan satu ingatan bahawa tujuan kita ke sana bukan untuk bersenang lenang tapi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang MUSLIMIN yang berkemampuan.  Perjalanan dari KLIA bermula jam 11.00 malam menuju ke BANGKOK selama 2 jam memang menyeronokan, apatah lagi mata belum mengantuk lagi, lebih-lebih lagi hidangan selamat datang / makan malam turut disediakan ditambah pula dengan peralatan AUDIO yang disediakan mampu mengelakkan kebosanan kita dari FILEM-FILEM, GAMES sehingga BACAAN AL-QURAN.




Selepas 1 jam transit di BANGKOK (tidak dibenarkan keluar dari pesawat) maka pesawat meluncur laju menuju ke JORDAN di mana tempat persinggahan pertama kali untuk menziarahi kebesaran ILAHI di BUMI AMBIA ini.  Melihat rakan-rakan tidur lena sepanjang penerbangan ini maka mata ini cuba jua untuk memejamkan diri namun bila tersedar hanyalah khyalan sekitar sekadar 1/2 jam di awang-awangan.  Maka audio yang sediadalah menjadi teman sepanjang penerbangan tersebut.

Tiada ulasan: