Di pintu keluar Queen Alia Airport Jordan
11 jam dalam pesawat, ibu mertua ku seakan letih nampaknya
Bersama teksi airport Jordan
Kapalterbang yang membawa kami selamat mendarat di Lapangterbang QUEEN ALIA tepat jam 6 pagi waktu tempatan. Rombongan kami berjumlah 25 orang yang terdiri daripada kakitangan yang mendapat tajaan umrah berserta kaum keluarga mereka dan juga 2-3 keluarga yang mengikuti pakej yang dianjurkan oleh pihak SYARIKAT ANDALUSIA yang diketuai oleh Ustaz Mohd Nasir selaku Ketua Rombongan. Dalam pesawat tersebut juga terdapat rombongan peserta umrah dari Syarikat MAKBUL yang boleh dikatakan agak ramai juga dan terdiri daripada golongan warga emas. Pemeriksaan kastam agak ketat berdasarkan pengamatan kami kerana negara Jordan bersebelahan dengan SYRIA yang sedang dalalm konflik perang saudara. Semua peralatan harus dibuka termasuk jam tangan, handphone dan juga talipinggang semasa melalui pemeriksaan tubuh badan.
Setelah pemeriksaan kastam kami semua bergegas mencari beg untuk mengambil sedikit pakaian dan peralatan kerana difahamkan beg ini tidak akan dihantar ke hotel tetapi akan hanya disimpan di lapangan terbang dan akan hanya dihantar semasa penerbangan ke Madinah nanti. Setelah sejam menunggu akhirnya bas yang membawa kami sampai, tetapi disebabkan peserta Syarikat Makbul terlalu ramai dan terdiri golongan uzur kami memberi peluang mereka menaiki dahulu dan 1/2 jam kemudian barulah bas kami pula sampai .untuk ke hotel penginapan iaitu di GOLDEN TULIP yang bersebelahan dengan airport ini
Laluan di depan hotel
Di hadapan hotel Golden Tulip Jordan
Pokok Zaitun di tanam sekitar hotel
Sarapan pagi ala-ala JORDAN
Air Tin Pak Arab
pembahagian bilik
Bangunan-bangunan rumah di Jordan
Padang pasir yang luas
Semua keletihan
Bas lawatan kami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan